Seorang pengebom bunuh diri dilaporkan meletupkan bom berhampiran ibu pejabat pasukan keselamatan yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi


RIYADH, 5 Julai – Seorang pengebom bunuh diri dilaporkan meletupkan bom berhampiran ibu pejabat pasukan keselamatan yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi di sini sebentar tadi, lapor rangkaian televisyen tempatan, al-Arabiya.

Serangan ini merupakan serangan ketiga ke atas Arab Saudi selepas dua siri serangan terdahulu di Qatif dan Jeddah yang berlaku juga pada hari Isnin, waktu tempatan. – REUTERS

PESANAN DR ROZMEY

Bismillah

Assalamualaikum semua:)
Tips bisnes petang petang
……………

PESANAN DR ROZMEY

…………..
Tempoh hari saya berpeluang bersua muka dengan tokoh multi jutawan produk.
Semua kompom kenal.
Rambut dia jadi buah mulut seantero malaya.
Dia buat filem. Tapi filem sampai ke bulan.
Kami sempat bersembang heart to heart.
Tapi cerita dia lagi sedih. Kalu anda dengar boleh menitik air mata. Kita selama ni hanya nampak dari luar dan hanya nampak benda yang gah saja. 
.
Allah uji dia lebih besar dari kita.
.
Waktu terbang tinggi, dia collect beratus ratus juta. Bila tersembam ke tanah. Tinggal debu saja yg lekat di muka.
.
Saya x mo cerita pasal jatuh bangun dia. Tapi sy nak share beberapa lesson yg sharp masuk dalam hati saya.
.
+ JANGAN BUAT APA YANG ALLAH TAK SUKA.
Kadang kadang kita ni leka dengan cerita wayang dunia. Gelak sepanjang masa. Asal barang jadi duit, kita henjut sama tak kira masa. Solat pun dah jadi silat. 
Dia kata waktu dia kaya gila tu. Ada benda yang dia terlupa yang tuhan marah kalu dia buat camtu. 
Kemuncaknya bila dia bikin filem 2 Alam. Itu hampir membuatkan diri sendiri masuk ke alam barzakh.
So tolong buat apa yang Allah suka dan tolong sangat tinggal apa yang Allah dah kata jangan.
.
+ JANGAN CEPAT PERCAYA PADA CERITA ORANG.
Adat jadi orang kaya. Akan ramai orang datang nak himpit kita. Ada yang nak pinjam duit buat belanja dapur, ada yang datang suruh invest dalam projek gunung berapi dan akan ada orang yg datang nk jv untuk jual ais batu kat orang eskimo.
Masalahnya semua cerita sedap belaka. Kira untung juta juta segera tu dah jadi content wajib.
So kita jangan kelabu mata dengan percaya saja semua. Kalau boleh jangan terpedaya langsung. Fokus untuk pembangunan bisnes sendiri lagi bagus dari plan nk invest kat maghribi jual kuih batang buruk.
Investment yang terbaik adalah dengan melaburkan ke atas pembangunan bisnes sendiri.
.
+ JANGAN KELAM KABUT NAK TAMBAH PRODUK
Dia pesan jangan terlalu cepat nk menambah produk dalam syarikat kita. Ambil masa dengan seluruh jiwa untuk fokus dengan satu2 produk.
Harvest bg habis hasil produk yang pertama baru fikir utk masuk kepada yang kedua dan seterusnya.
Bila syarikat baru setahun mempelam kat market, tapi produk dah ada 30 macam dan jenis. Insyaallah sekejap saja jangka hayatnya di bumi bertuah ni.
.
+ JANGAN KEDEKUT UTK BELANJA PEMASARAN 
Ramai yang nk jadi hebat dan nak  kaya laju2. Tapi kedekut taik idung masing tahap gaban utk spend dlm marketing.
Lebih sanggup spend nk bg lawa ofis dari spend utk iklan. Lebih suka tambah staff nak bagi nampak hebat dari nk masuk slot tv Nasi Lemak Kopi O skali.
Lebihkan belanja pemasaran dari belanja yang lain.
Dia kata dulu dia spend minimum 400k sebulan untuk iklan metro saja. Dan hasilnya balik berkali kali ganda.
.
+ CARI MENTOR DAN JANGAN LOKEK
Ramai orang yang rasa dia dah cukup pandai. Dia boleh buat semua. Orang lain semua tak betul cara, idea dia yg paling bagus.
Satu masa bedebum langgar dinding n jatuh terkangkang dalam longkang. Time tu baru tau langit tu tinggi mana.
So elakkan buang masa untuk cuba buka jalan SENDIRI dalam hutan. Cari mentor yg dah biasa tebas hutan sebelumnya. Ikut saja jalan dia.
Kalu kita tebas sendiri, risiko sesat sangatlah tinggi. Tak kira lagi kena kacau dengan hantu tinggi, hantu air dan yang tak boleh tahan sundel bolong. Boleh jadi putih, mata hitam kita ni. Kalau jumpa pontianak lagi best, habis kering darah kena hisap. Tinggal tulang saja kita nanti.
Mentor tu dah tau selok belok semua, rencah asam garam game business tu. So ikut saja dia kata apa. Dia lebih dulu minum clorox dr kita.
Tapi jangan kira nak ilmu free ja sepanjang masa dr mentor tu. Dia pun ada bisnes nak kena fokus. Baik dia invest masa dan tenaga dia pada bisnes dia sendiri kalau kita nak free ride sampai mati.
Always dengar pada orang yang bebetul qualified utk bagi advice. Dan selalunya advice yang power ni tak datang percuma.
Oklah panjang sangat dah. 
Kalu ikut nk cerita boleh karang sampai esok pagi ni coz terlampau banyak lesson yg sy dapat bila duduk dengan Dr Rozmey ni.
Ada rezeki saya cerita lagi.
Penat saya karang utk pandaikan anak bangsa, apa kata tolong SHARE kalu anda rasa ilmu ni dpt bantu orang lain pula.
So paham ke sangat paham cerita saya ni?
#Tipsbisnesbroku

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat ‘F1’


PUTRAJAYA 1 Julai – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan F1 dengan nilai sebanyak RM836,660.


Keputusan itu kini boleh dilihat di bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ Putrajaya dan semua JPJ negeri bermula jam 3 petang tadi, laporUtusan Online.

Sebelum ini, JPJ menganggarkan bidaan terhadap nombor F1 mencecah RM 1 juta.

Nombor plat F2 pula dibida pada harga RM514,800 oleh Goh Fong Yee, diikuti  dengan nombor plat F9 oleh Trans Penang Inn Sdn Bhd serta F7 oleh Pli Trading Sdn Bhd dengan masing-masing dibida pada nilai RM404,800 dan RM396,000.

Nombor plat F8 pula dibida dengan harga RM385,000 oleh Tse Modul Inisiatif Sdn Bhd, diikuti F5 dibida oleh Wee Ka Keng dengan nilai RM366,250. Plat F333 dibida pada nilai RM355,000 oleh Lee Chan Char, diikuti F3 yang berharga RM344,300 oleh Herald Accord Sdn Bhd.

Nombor plat F22 dibida RM250,800 oleh Jajaran Kilat Enterprise manakala F4 dibida RM250,000 oleh Mohd Johann Hamzah, laporBH Online.

Sultan Johor sebelum ini turut memenangi bidaan untuk nombor pendaftaran WWW1 dengan nilai RM 520,000

Oh My Jawi

Oh My Jawi
Berikut ialah beberapa perkara pelik yg disebut oleh khatib di atas mimbar:
1. Di sebuah mesjid di Negeri Sembilan, “Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sbg satu ‘mutafancirin’ “. Saya terkejut. Apa tu mutafancirin? Melayu bukan Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘mata pencarian.’

“متڤنچرين”
2. Di sebuah mesjid di Kulim, Kedah, “…dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkanNya kita memakan keladi…”. Dekat nk pengsan makmum sbb ada yg baru lepas mkn sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘keldai’. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak mkn keladi sbb difatwakan haram. “كلدي”
3. Di sebuah mesjid di Perak, “…maka ‘birobbikum’ itu adalah sunah kerana diriwayatkan bahawa Nabi pun ‘birobbikum’…”. Semua makmum tak faham termasuk tok imam dan tok bilal. Bila disemak teks khutbah rupa2nya ‘berbekam’. “بربكم”
4. Di sebuah mesjid di Kelantan, “…sidang Jumaat sekalian, janganlah kita termasuk dalam ‘katikuri’ orang2 yg tidak bersyukur…”. Para jemaah tak faham tapi tetap tunduk mengangguk-angguk mcm faham. Bila disemak teks khutbah rupa2nya ‘kategori’.”كاتيكوري”
5. Di sebuah mesjid di Terengganu, “… maka berlakulah peperangan yg hebat di antara pejuang2 Muslimin dgn musyrikin Makkah di tempat berdekatan bukit Uhud. Masing2 bersenjatakan pedang, lembing, dan ‘fainnahu’.” Makmum terkedu sbb tak faham apa bentuk senjata fainnahu. Mungkin senjata dari syurga. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘panah’. “فانه”
6. Di sebuah mesjid di Perlis, “…dalam usaha kita utk menjadikan negara kita sbg sebuah negara maju, maka kita semua hendaklah ‘kemetod’…”. Makmum semua terpinga-pinga. Selalunya khatib suruh jadi bagus tetapi kenapa hari tu khatib suruh jadi kemetod. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘komited’. “كميتد”
Itulah antara perkara pelik yg disebut khatib sewaktu khutbah. Teks ditulis oleh orang lain dan dibaca oleh orang lain. Lebih parah lagi sesetengah istilah moden dieja jawi. Kesian tok khatib…
7.Di sebuah mesjid di Pahang, “…maka hendaklah kita berada di atas ‘bom’ ini saling hormat menghormati antara satu sama lain.Makmun terkejut dan lihat dibawah tempat mereka bersila kerana mencari “bom”.setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya’bumi’.”بوم”
8.Di sebuah mesjid di perak,

“…terdapat banyak ‘paku lantai’ yang telah diwujudkan oleh kerajaan di sesebuah pusat pengajian . Makmum lain terkedu sambil menggaru kepala.Setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya ‘fakulti’ “فاكولتي”
Posting credit netizen 

Kementerian Pertahanan Sahkan Terima Laporan Pesawat Charlie TUDM Dipintas 2 Jet Pejuang Indonesia

image

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai insiden sebuah pesawat Charlie C130 milik TUDM dipintas oleh dua jet pejuang Indonesia dalam ruang udara berhampiran Pulau Natuna hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pesawat itu dipintas dalam penerbangan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Laluan.

Kita ada menerima laporan berhubung kes berkenaan tapi maklumat lengkap secara sahih belum diperoleh.

Kita akan meneliti laporan ini memandangkan belum mendapat maklumat lengkap mengenai kes ini,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Kata beliau lagi, insiden seumpama itu sering berlaku di negara lain dan ia bergantung kepada hubungan dua hala negara itu untuk menyelesaikannya.

Katanya, beliau mempunyai hubungan erat dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Riacudu dan sekiranya berlaku insiden antara Indonesia dan Malaysia ia biasanya diselesaikan secara diplomasi.

Bila sebut Indonesia, saya tak risau kerana kebiasaannya ia dapat diselesaikan dengan baik. Saya berharap media bertanggungjawab dalam membuat laporan supaya tidak mencetuskan emosi kedua-dua negara berjiran,” katanya

Makna Kata “KAMI” Dalam Al-Qur’an

image

Makna Kata “KAMI” Dalam Al-Qur’an

SERING KALI, orang kufar mencoba mengganggu iman kita dengan bertanya: Mengapa Qur’an sering guna kata KAMI untuk ALLAH? Bukankah kami itu banyak? Apakah itu bermakna Qur’an pun mengakui Tuhan itu lebih dari 1?

Kata KAMI sebagai penghormatan

Bahasa Arab ialah bahasa paling sukar di dunia. Hal ini disebabkan karena dalam 1 kata, bahasa arab memiliki banyak makna.

Contoh: Sebuah gender, dalam suatu daerah boleh bermakna lelaki, tapi dalam daerah lain boleh bermakna perempuan.

Dalam bahasa Arab, dhamir ‘NAHNU’ ialah dalam bentuk jamak yang berarti kita atau kami. Tapi dalam ilmu ‘NAHWU’, maknanya tak cuma kami, tapi aku, saya dan lainnya.

Jika memang “KAMI” dalam qur’an diartikan sebagai lebih dari 1, lalu mengapa orang arab tidak menyembah allah lebih dari 1? Mengapa tetap 1 Allah saja? Tentu karena mereka paham tata bahasa mereka sendiri.

Dalam ilmu bahasa arab, penggunaan banyak istilah dan kata itu tidak selalu bermakna zahir dan apa adanya. Sedangkan Al-Quran adalah kitab yang penuh dengan muatan nilai sastra tingkat tinggi.

Selain kata ‘Nahnu”, ada juga kata ‘antum’ yang sering digunakan untuk menyapa lawan bicara meski hanya satu orang. Padahal makna ‘antum’ adalah kalian (jamak).

Secara rasa bahasa, bila kita menyapa lawan bicara kita dengan panggilan ‘antum’, maka ada kesan sopan dan ramah serta penghormatan ketimbang menggunakan sapaan ‘anta’.

Kata ‘Nahnu’ tidak harus bermakna arti banyak, tetapi menunjukkan keagungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini dipelajari dalam ilmu balaghah.

Contoh: Dalam bahasa kita ada juga penggunaan kata “Kami” tapi bermakna tunggal. Misalnya seorang berpidato sambutan berkata,”Kami merasa berterimakasih sekali . . . “

Padahal orang yang berpidato Cuma sendiri dan tidak beramai-ramai, tapi dia bilang “Kami”. Lalu apakah kalimat itu bermakna jika orang yang berpidato sebenarnya ada banyak atau hanya satu ?

Kata kami dalam hal ini digunakan sebagai sebuah rasa bahasa dengan tujuan nilai kesopanan. Tapi rasa bahasa ini mungkin tidak bisa dicerap oleh orang asing yang tidak mengerti rasa bahasa. Atau mungkin juga karena di barat tidak lazim digunakan kata-kata seperti itu.

Credit islampos

Isu Restoran Di Korea: ‘Rukhsah Hanya Digunapakai Ketika Keadaan Betul-Betul Darurat’ – Ustaz Syed Kadir

image

Sebelum ini menjadi viral di laman sosial Facebook kisah sebuah restoran di Korea Selatan yang dikatakan menjadi restoran pilihan rakyat Malaysia untuk menjamu selera tidak kiralah melancong atau yang tinggal di sana.

Seorang pelajar bernama Bella Azemi telah mendedahkan perihal restoran Gosami 고삼이, Griled Fish Sinchon, Seoul berkenaan di aman menurut Bella restoran berkenaan menyediakan makanan tidak halal iaitu babi.

Menurut Bella, restoran berkenaan tersangatlah ‘famous’ bagi masyarakat Islam Malaysia yang melawat korea sampaikan artis Malaysia pun makan di situ.

Hasil kaji selidik yang dilakukannya ternyata restoran berkenaan menyediakan masakan berasaskan babi, tetapi apabila di beritahu kepada rakannya, mereka berkeras cakap tiada babi sebaliknya hanya berasaskan makanan laut.

Namun pendedahan oleh bella berkenaan nampaknya tidak dipersetujui oleh ramai rakyat Malaysia.

Seorang pelajar, Amirussalam Aswadi, telah menafikan hujan Bella berkenaan dengan alasan mereka adalah pelaajr dan tidak mempunyai banyak pilihan makanan di Korea di mana makanan hahal susah untuk di cari.

Oleh itu, Amirussalam berkata mereka menggunakan konsep Rukhsah(kemudahan atau keringanan yang diberikan atas beberapa alasan tertentu) untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan selesa di sana.

Memetik laporan Astro Awani, mereka telah menghubungi seorang aktivis dakwah dan penceramah bebas, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, untuk menjelaskan konsep rukhsah ini seperti yang digunapakai oleh pelajar Malaysia di Korea.

Menurut Ustaz Syed Abdul kadir, rukhsah sepatutnya diamalkan dalam keadaan yang betul-betul darurat.

“Dalam situasi pelajar di sana, mereka masih ada pilihan lain dan bukan berada dalam keadaan darurat.

“Mereka perlu berusaha untuk mencari pilihan lain terlebih dahulu, sebelum memilih untuk mengambil pendekatan rukhsah,” katanya.

Beliau dalam pada itu meminta supaya umat Islam di sana merujuk jabatan agama Islam di negara terbabit terlebih dahulu, untuk mendapatkan status makanan dan restoran halal yang lebih terperinci.